Wednesday 25 July 2012

Things To Do : University Registration

Assalamualaikum wm wbt :)
Sihat semua? Setakat ni puasa cukup tak? Alhamdulilllah, setakat ni cukup la. Kalau dah datang matahari, aku nak berholiday la. Okay. Merepek je. -__-

Hihi. Kalau last 2 weeks, memang traffic jam la sebab semua orang update pasal UPU. Hihi. Aku pun sama je. This week jam pasal confuse nak isi borang kan? pastu nak apply scholarship kan? ehh. apasal aku taktahu apa apa pasal scholar ae? hmm :/ 

So, apa korang dah prepare? Mesti banyak kan? Sebab exited gila nak masuk university :)
As for me, aku boleh cakap, aku dah settle separuh la. KOT. haha :D Lets check this out :)
  1. Print surat tawaran + borang borang ( DONE )
  2. Isi form online. ehh ada jugak benda ni -__- ( DONE )
  3. Isi borang yang aku print ( ALMOST FINISH )
  4. Medical check up. aku ingat free. kahkah. tapi RM20 je sebab buat dekat hosp kerajaan ( DONE )
  5. Bayar yuran. RM2266+RM1.50 ( DONE )
  6. Bukak account cimb + cimb clicks ( DONE )
  7. PTPTN. confuseeeee! sebab tu tak isi lagi. but pin and sspn settle :)
  8. Shopping phase 1. before puasa haritu ( DONE )
  9. Shopping phase 2. time puasa + shopping raya. lagi. 5th August ni.
  10. Shopping phase 3. lepas raya. not so sure bila.
  11. Packing. will start at 23rd August :p
  12. LETS GO!! journey starts on 1st September.
SEE. dah banyak aku prepare kan? tapi seriously. im not ready yet. im not mentally prepared yet :(
takut nak pergi jauh jauh ni. ish ish. belum apa apa dah homesick :'(

And by the way, mama dah tempah flight tickets untuk cuti raya aidil adha. haha. semangat. mama tempah tiga. 1 aku, but aku dari Senai Airport la ke Penang. 2 for wawa and her friend dari KLIA ke Penang too. So, mama ayah adik amik kitorang kat Penang la. ohh. pasal kawan wawa tu, wawa takut naik sensorang sebab tak pernah lagi naik flight sensorang. dulu kecik kecik naik dengan tok ayah and maktok. bila besar sikit naik dengan mama ayah. tapi bila dah besar sekarang, naik sensorang :(
errrr. takutnyaaa.


Err. KRIK..KRIKK.. getting bored read my craps kan? well. ade aku kisah? why hidup to please others? thats an interesting title for next post i guest. like seriously, why? okay. okay. till next post bebeh.
Assalamualaikum wm wbt :)

take note :
why there are so many shopping huh? because we dont have to spend a large sum of money on everything at one time
why mengada naik flight huh? because our mom worry much if we take a bus.
sekian :p

Saturday 21 July 2012

Semua tahu

Assalamualaikum wm wbt :)
Moshi moshi :D hee. Alhamdulillah. SEMUA TAHU hari ni hari first puasa kan? eh. tak rasa penat pun kan. baguslaa. hihi. ramai antara kita yang boleh berpuasa sebulan kat rumah. doesnt life great? 

okay okay. aku nak share sikit apa amalan yang kita boleh buat dalam bulan Ramadhan ni :)

1. Sahur and berbuka of course !
Zaman dahulu kala, memang aku tak pernah sahur pun. lagi sayang tidur. tapi untuk tahun ni, tak salah nak buat perubahan dalam diri kan? sambil tu dapat pahala bangun sahur kan?

2. MENGGANDAKAN amalan membaca Al-Quran
Kalau selalu kita baca satu or dua page, Ramadhan ni kita bacalah 20 pages.InsyaAllah boleh khatam :)

3. Sedekah
Kan selalu kat bazaar Ramadhan tu, mesti ramai orang2 susah mintak sedekah, tak salah kalau kita sedekah sikit kat dia. Dekat orang2 tua atau OKU, kita belikan makanan kat diorang. beli tu tak payah grand grand, kadang diorang tak makan pun yang grand. sekadar nasi dengan satu lauk pun dah okay. 

4. Tarawih
Kan dah bukak puasa kenyang kenyang, jangan lupa tarawih pulak. hihi.  Frankly speaking, aku buat 8+3 rakaat je semalam. Sebenarnya, lebih afdol kan buat 8+3 rakaat? if im not mistaken. Im not good at talking about this matter sebab yelaa aku masih mendalami dan sangat sangat lah tidak pakar dalam bidang bidang macam ni. Correct me if im wrong. Please?

Sorry lah kalau tak ikut turutan. Main taip apa yang terlintas. Actually, banyak lagi tau amalan amalan yang boleh kita buat Ramadhan ni. aku cuma taip apa yang aku sedang and akan buat on Ramadhan this year. ohh. lagi satu, jangan lupa berdoa banyak banyak okay. 

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan :)

Assalamualaikum wbt :) 

p/s : 1. Jangan membazir
        2. Jangan Mencarut. haha
        3. Aku masak nasi ayam untuk menu berbuka hari ni ^^


Tuesday 17 July 2012

My New Addiction : jai|photog

Assalamualaikum wm wbt :)


gambar ni aku snap time nak buat portfolio untuk interview architecture awal bulan 5 hari tu. hihi. 

okayy. click gambar baru nampak ape aku tulis situ :p
Assalamualaikum :)

Friday 13 July 2012

Doa dan Alhamdulillah serta Tahniah

Asslamualaikum wbt. 

Firstly, Alhamdulillah Ya Allah dengan rezeki yang Engkau limpahkan kepada aku. Dengan cgpa yang tidak seberapa jika nak dicompare dengan yang lain lain, aku berjaya mendapat tempat di UTM dengan course architecture.  Ini merupakan pilihan pertama aku. yup. yang kat atas sekali aku letak. hihi.

Around 10am, mama call aku. aku tengah membuta lagi masa tu. almaklumlah, aku tak tidur semalaman sebab takutkan sangat sangat like crazy result upu ni. lepas subuh baru paksa diri tidur dengan harapan dapatlah mimpi mimpi sikit. hihi. okay. sambung balik. mama cakap, tahniah jai dapat UTM. okay. terus segar bugar macam baru lepas kena simbah ais tuh. ye ke ma? for real? that time, i was like floating, my heart burst like, seriously? Alhamdulillah. menangis seketika. time tu, mama cakap macam berbisik sikit. haha. tengah meeting tu. haha. sempat lagi. lepastu, terus aku switch on streamyx. nak check sendiri. (tak mandi tak basuh buka tak gosok gigi lagi time tu) . bukak je. TAHNIAH. okay. terus melompat and berenang renang atas lantai bilik aku. hee. memang susah nak percaya. tapi, semua ni rancangan Dia. Aku bersyukur to the infinity tau.

For those yang tak dapat course yang sangat sangat y'all minat, jangan putus asa. Apa yang Allah swt berikan, pasti yang terbaik untuk kita. Kita kena percaya pada Dia. Ini rancangan Dia. Ingat la. Kita berdoa bukan sekadar untuk meminta, tapi untuk mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan. Mari sama sama sujud syukur :) Anddd kena percaya pada rezeki kita.

For those yang dapat double offer, buatlah solat istikharah. minta petunjuk dari-Nya. Apapun keputusan y'all, yakinlah dengan diri sendiri bahawa yang itu lah yang terbaik buat kita.

Lastly, tahniah semua. Alhamdulillah. September, kami tunggu kamu. We will pull up our sock and push it to the limit so that Dekan in our hand. InsyaAllah 
Assalamualaikum

p/s       : wawa dapat UKM Manufacture Engineering. 
p/s/s    : problem bila nak daftar nanti. hihi. barang mesti tak muat kereta. 
p/s/s/s : aku nak naik flight boleh? mengada sedikit. okay. banyak -.-


Thursday 12 July 2012

aku takut

Assalamualaikum wbt

debaran dalam hati aku
hanya tuhan yang tahu
menunggu detik jam 12 esok hari.

sesungguhnya aku amat berharap
aku berjaya mendapatkan apa yang aku inginkan
namun
aku hanya mampu berdoa
agar diberikan yang terbaik
dalam menempuh dunia baru

sekiranya aku tidak berjaya kali ini
bukan bermakna aku harus berputus asa
ini kerana Dia mahu aku berusaha lebih gigih
aku percaya
apa yang diberikan adalah yang terbaik
aku hanya perlu terus berusaha

love,
jai :')

Tuesday 10 July 2012

This is the starting.

my heart start beating
my lung start breathing
and the voice in my head start screaming
i'm afraid!
afraid to step into another world

i'm not a little girl anymore and not yet a woman
but still i cant make a decision.
i'm confuse
did i make a right decision
how i wish i can turn back time
and start everything all over again

this coming 13th July
will you bless my day and give what i want most?
not just me, also for whom who did all their very best?
only Allah swt can gives us what we want, only Doa will connect us to Him.
lets pray hard and hope for miracles from Him.
have faith. never lose hope and keep trying.
He knows the best!

we doesnt know the ending even if know the starting.
keep praying!


love,
Jai :')

Thursday 5 July 2012

HARI INI.TODAY.ehh.actually semalam.

Assalamualaikum wbt.
moshi moshi :D hi all! em. jam laptop 2.20am. ohhhh. tak boleh tido T.T huhu. sebab dah tido pukul 10.30 sampai 12.30 tadi. hee. hari ni sangat penat sebab pergi Sungai Petani (port biase lah tu) tengok The Amazing SpiderMan! seriously. cerita ni way cooler than before. hero lebih handsome heroin lebih cantik and of course tak slow macam before! less drama more action and sometimes it can be hilarious too :D hihi. Sorry to say, Andrew Garfield plays better spiderman than Tobey McGuire! hihiks. marah kang pelakon pelakon ni. sepatutnya director dia yang aku kutuk. ahahah. eh, tapi tadi ramai yang tak tengok part last sekali. semua expect cerita da habis, so sikit je la yang tengok part last. aku pun kira lucky dapat tengok sebab time tu memang nak keluar dah. hah! lucky us! em em em tadi, keluar pukul 11.30am sampai 9.30pm. hihiks. tapi tak banyak duit pon yang keluar. semua sponsor. haha. well, tak expect jumpa Fareha, ex-roommate aku kat matrics dulu. sekarang tengah buat  foundation in law dekat uitm merbok. hihi. tapi tak boleh lepak lame sebab time tu dah pukul 6lebih. tak solat asar lagi. lepas tu pegi makan bagai tu yang sampai rumah lambat tu. tired but it worth! Hee. kepada siapa siapa yang nak tengok spiderman. hell yeah! silakan. best. haha. tapi tadi actually, confused nak tengok vampire hunter or spiderman. sebab aku vamps big fan! big time! haha.
The Amazing SpiderMan

Andrew Garfield vs Tobey McGuire

wawa and me *bukan gambar tadi, gambar sabtu lepas. haha!
yeahhh. sebenarnya, aku selalu je tidoo lambat. macam macam aku buat, texting with mr tiang lampu (ngeh ngeh, gelak gatal), layan late night movies, download lagu, apa lagi. decorating, sewing. wait! apa? jai menjahit. kelakarkan. hell yeah. betul la. aku menjahit. aku jahit bantal hello kitty. haha. tapi tak siap lagi. tapi aku dah siap jahit sarung bantal square. hihi. aku jahit pakai tangan tahu. takde machine machine ke robot robot ke. haha. next entry aku tayang hasil kerja handmade aku yang tak seberapa. first try kan. haha. kau ada? okayhh. till next post bebehh.
Asslamualaikum wbt :)